Ya Allah,
ana muslimah biasa,
ana bukan sekuat yang disangka,
ada kalanya ana jatuh,
ada kalanya ana bangun,
ada kalanya ana menangis,
ada kalanya ana tersenyum,
ada kalanya ana ketawa,
ada kalanya ana terdiam seribu bahasa,
muhasabah pada diri.
Ya Allah,
ingin ku kuatkan hati ini,
untuk terus bangun,
untuk terus berjuang,
untuk terus berbakti,
untuk terus berjihad menentang hawa nafsu,
kerana ana adalah muslimah biasa,
yang tak pernah lari dari membuat dosa.
Ya Allah,
apalah erti kehidupan ini,
jika tidak beramal kepadaMu Ya Illahi,
jika tika membuat makruf wa nahi mungkar,
jika tidak diuji iman dihati,
jika tidak ada musibah yang melanda diri,
Sebenarnya semuanya adalah....
penduga iman dihati dan diri,
untuk lebihku beramal dan bertahajjud kepadamu.
ya Allah,
Kuatkanlah hati ini,
kuatkanlah diri ini,
kuat dan tetapkanlah iman di hati,
dan jadikanlah ana muslimah yang kuat hatinya.
Allahuakbar..
amin..
ReplyDelete