KAli pertama ku kenalinya..
satu perkenalan yang sangat tidak kusangka-sangkakan..
Satu pertemuan yang penuh dengan tanda tanya
tapi kulafazkan niat dihati...
ku ingin kenalinya kerana Allah s.w.t,
kerana ku takut jika aku jatuh sekali lagi...
setiap langkah kumulai dengan bismillah,
ku menghitung setiap detik-detik yang berlalu...
tanpa mengenali hati budinya,keikhlasan hatinya...
entah bagaimana apabila ku bertemu dengannya...
terasa sesuatu ketenangan yang hadir...
ku disapa dengan ucapan "Assalamualaikum"..
ku menyambut salamnya tanpa melihatnya wajahnyaa...
ku takut untuk berpaling ke arah nya..bimbang hati terjatuh lagi...
kerana cukuplah ku kenalinya kerana Allah s.w.t
dan Dari situlah bermula ukhwah kami.
semakin hari semakin dekat ku mengenalinya...
aku terus berdoa dan terus berdoa agar perkenalan ini mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t,
dan pengakhiran yang baik...
ku pendamkan perasaaan ini...
kerana Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami,
kadang-kadang ku terfikir sendirian,
adakah dia seperti apa yang ku fikirkan..
ku tidak mengharapkan lafaz cinta darinya...
kerana apa yang ku harapkan dia bakal menjadi imam di setiap solatku.InsyaAllah..
cukuplah sekadar kami bersahabat kerana Allah s.w.t,
hubungan kami biarlah berlandaskan agama,
saling menasihati antara satu sama lain,
saling membantu ketika memerlukan..
begitulah kami...
apa yang menyebabkan ku terus ingin mengenalinya
adalah perasaan yang sama antara kami...
ukhwah ini kerana Allah s.w.t
Semoga setiap garisan permulaan itu membawa kepada perkenalan,
dan pengakhiran itu membawa kepada kebahagian...
Ku kenali dia....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment