duhai sahabat...
indahnya ikatan ukhwahfillah ini....
kehadiranmu memberi seribu makna di dalam setiap perjuanganku..
tidak pernah kau berpaling dari diriku,
walaupun segenap masyarakat memandang sini kepadaku,
malahan engkau hadir menghulurkan tangan..
memberi kata-kata semangat kepadaku...
sahabat yang ku sayangi,
hargailah bila bersahabat..
maafkanlah andai terluka,
fahamilah bila terkeliru..
nasihatilah bila terleka..
tegurlah bila tersilap..
ingatilah bila terlupa...
itulah kehebatan ukhwah fillah ini...
wahai seorang sahabat,
aku bangga miliki sahabat sepertimu..
aku bahagia berkongsi ilmu bersamamu...
tetapi sahabat marilah kita bersama-sama mencari cinta ya ILLAHI..
letakkanlah cinta ALLAH mendahului cintamu yang lain...
kerana hanya Allah yang menyemaikann benih cinta
kepada insan yang kamu cintai.....
sahabat yang ku cintai..
berusahalah menjadi yang solehah..
pagarilah akhlakmu dengan nilai-nilai islam..
batasilah pergaulanmu dengan syariat..
lindungilah pakaianmu dengan takwa...
bekalkan dirimu dengan ilmu..
kerana itulah yang membuatkan ikatan ini..
bertambah indah dihiasi dengan bunga-bunga iman...
ingatlah sahabat,,
bumi kita bumi yang payah...
penuh ujian dan cabaran dariNya...
perjuangan ini amat susah tanpamu sahabat..
marilah kita mengharapkan keredhaan dari Nya...
sahabat yang di rindui..
jangan biarkan dirimu hanyut ditelan arus kemodenan..
tanpa bekalan ilmu di dada..
renungilah masa depanmu...
kuatkanlah iman di hati...
semoga ia menjadi perisai buatmu...
"kalau kail panjang sejengkal,jangan lautan hendak di duga".
Renungilah seorag sahabat...
Seandainya kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya..
kerana dia seorang sahabat,
yang hanya juga seorang manusia biasa,
jangan diharapkan sempurna,
kerana tiada siapa yang sempurna...
oleh itu bersahabatlah kerana Allah,
hidup dan mati hanya Untuknya...
"Hadis Rasulullah s.a.w"
Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisi Allah, ialah orang yang terbaik terhadap jirannya"..
(hadis riwayat al-hakim)...
*sajak ini direka oleh ana sendiri dengan bantuan insan tersayang".
syukran...
sajak ini ditujukan khas untuk seorang sahabat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment