"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan mengatakan ' Kami telah beriman' sedang mereka belum diuji lagi,Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang² yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang² yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang² yang dusta"--- Surah Al-Ankabuut ayat 2-3

AsmaAlHusna

Final Year Student

assalamualaikum...sudah lama ana tak menulis di entri ini..alhamdulilah ana dah sem 8, belajar di kolej universiti islam antarabangsa selangor. Alhamdulilah juga, tahun ini merupakan tahun akhir ana bergelar sebagai student. Ya Allah, sungguh banyak Allah s.w.t menguji hati ana selama ana bergelar pelajar..

Ana merupakan seorang muslimah biasa yang masih banyak dosa, masih tidak sempurna disisi Allah s.w.t. Nak dapat kecapi wanita Solehah itu jauh bumi dengan langit lagi la...ana memang banyak dosa, kalau solat taubat masih rasa tak cukup..begitu banyak dosa ana...terlalu banyak......tak dapat dikira dengan jari, tapi dalam hati kita tahu apa yang kita lakukan selama hidup di dunia ini...

setitis, sebaldi pun kita menangis..kita tak tahu adakah taubat kita diterima atau belum..Allah je yang maha mengetahui...betul la apa yang dikatakan nak cari pasangan yang baik, kita kena baik dulu..baik dari segi akhlak, mahupun ibadah kita sendiri....ana bukanlah sebaik yang disangka, ana malu sangat nak menulis pasal diri sendiri...ana malu mahu mengatakan analah yang terbaik diantara yang terbaik...ana masih jahil....

di dalam perhubungan selalunya kita mengharapkan Allah kurniakan kita pasangan yang baik, yang tak panas baran, yang memahami bak kata orang dialah kawan, dialah kawan baik, dialah suami dan dialah syurga kita... ana tak nafikan ana ni memang bersifat kebudak-budakkan...walaupun umur dah 27 tahun...mak aii tua dah...:P.ana ni memang jenis yang hepy2x je, tapi ana ni jenis yang touching...nampak je kat mulut takpe...dalam hati aduii retak seribu..ana ni memang tak pandai merajuk lelama, entahlaaa...nak marah pun tak pandai, sampai kekadang akak2x ana yang ajar.... aduhaiii...


sering kali didalam solat ana... "Ya Allah satukanlah aku dengan seorang muslim yang boleh mendidik dan mengajar aku hingga ke syurga, seorang muslim yang dapat membentuk aku menjadi wanita solehah, seorang muslim yang dapat menegur aku sekiranya aku lalai...seorang muslim yang soleh yang mengajak aku ke syurgamu, dan ya Allah aku mohon lindungilah aku dari seorang muslim yang panas baran, yang tidak memahami, yang tidak dapat bertolak ansur dan yang sering melakukan perbuatan kemungkaran". amin


sebut pasal perkahwinan, analah antara yang paling takut dan paling gerun untuk menanggung tanggungjawab sebagai seorang isteri...kenapalah kat fikiran ana ni....Boleh ke ana jadi isteri yang baik untuk suami?...mungkin ana belum sedia atau sekadar perasaan, atau lebih tepat ana ni jenis berfikiran negatif.....hehehhe


astagfirullah apa yang telah mebelenggu fikiran ana ni...yang penting sekarang fokus untuk final year student... 

No comments:

Post a Comment