Marilah mari kita fikirkan,
apa kan terjadi dunia akan datang,
siapa penyebab??
siapa penghalang??
wawasan islam perlu dipertahan...
Ilmu agama perlu ditimba,
Ilmu dunia jangan dipersia,
hidup hanya sementara,
akhirat dijanji pastikan tiba....
Oleh itu wahai saudara...
selamatkan umat manusia...
yang semakin lalai dan leka dengan tipu dunia...
Bimbingan kasih di angin bayu
membawa pengkhabaran gembira,
Biar berjuang ke jalan Allah..
mendapat syafaat darinya...
Alquran dan sunnah satu jawapan..
Hilang keliru dipersimpangan,
bersatu hati kerana Illahi..
Moga mendapat keredhaannya...
Kita selamat dalam islam
kita bahagia dalam islam..
anugerah yang paling berharga..
Bersyukur kita alhamduliah...




No comments:
Post a Comment