Hati ini,pernah terguris dek kata-kata manusia tapi ku diamkan,tersenyum dan adakalanya ku menangis sendirian sahaja.Fitrah duniawi sahabat,tidak sah apabila kita tak diuji iman dihati kerana mati ini bukannya buta,telinga ini bukannya pekak apatah lagi lidah ini bukannya bisu tapi begitulah kehidupan insani, penuh dengan perasaan dengki apabila melihat mereka-mereka yang berjaya.
Sedar tak sedar,masa berlalu begitu pantas, hari berganti hari, kehidupan ini perlu diteruskan biarpun rebah ku gagahkan untuk berdiri. Ana hanyalah muslimah biasa,kekuatanku ini hanyalah pada ibu bapaku,adik beradik dan orang sekeliling yang sentiasa tidak lekang memberi kata-kata semangat padaku.Syukran,terima kasih kepada mereka yang sentiasa ada dihati ini.
Kini perjuanganku bakal bermula 31/10/11 adalah tarikh noktah untukku dalam mencapai dan mengenggam satu kejayaan.Akan ku buktikan bahawa diri ini boleh jadi yang terbaik seperti adik beradikku yang berjaya..amin.
Ku ketepikan perasaan ini,matlamat ku kini adalah satu iaitu "Academic very important then anything else". Bukan senang nak dapat ayat nie,Nie pun atas bantuan abg nisbahku..hehhe...syukran deh...:)..
p/s: Nanti tolong ajarkan bi deh...tuisyen.(~_^)..malu....
Berat betul rasa hati dan kaki untuk melangkah kerana ku tahu pastikan akan adanya liku-liku untuk mencapai kejayaan. Apa-apa pun "we must do the best for our future"..haaa...dah semakin hebat english sekarang..^_^..
Kesimpulannya, Kehidupan ini tidak pernah lari dengan Mainan emosi tapi ana cukup bersyukur dan bahagia disamping orang-orang yang memahami dan memberi kekuatan untukku terus berjuang kerana ana mahu jadi yang terbaik...
"Perjuangan ini bagai sampan dilaut,andai perjuangan ini mudah,sudah pasti ramai yang ingin menyertainya...andai perjuangan ini singkat,pasti ramai yang istiqamah dengannya..andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,pasti ramai yang tertarik padanya....tapi hakikat perjuangan bukan begitu...turun naiknya,sakit pedihnya,umpama kemanisan tak terhingga..andai rebah,bangkitlan semula.andai terluka,ingatlah janjiNya.....
Ana mahu jadi yang terbaik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment