Dipagi subuh yang hening,sedang mereka asyik dibuai mimpi..selesai ana solat subuh,ana mencapai pen dan kertas lantas ana menulis catatan ini. Ku fikirkan sejenak,adakah patut ku luahkan rasa dan apa yang terbuku di minda ini.
Suasana yang dingin,membuatku terkedu mengingati akan detik pertama ku mengenal erti kehidupan yang membawa ku jauh di pendalaman. Pertama kali,ku melangkah di SMKLU telah banyak mengubahku,dalam mengajar erti kehidupan,ketabahan.kekuatan dan kesabaran yang sangat ku tidak akan lupakan sampai bila-bila.
Untuk pengetahuan semua,ana bersekolah di sekolah biasa yang jauh disudut pendalaman.Dan disitulah pada kali pertama,ku memakai tudung labuh diantara 1250 orang pelajar.Mungkin bagi pendangan stdudent2 berjilbab labuh adalah cara pemakaian yang kuno tapi tidak padaku..
Pukul 6.15pagi, Ana seperti biasa pergi ke sekolah berjalan kaki dengan kawan-kawan,agak2 pukul 7.00 sampai la ke sekolah...berpeluh jugak kadang-kadang,tapi ku senyumkan sahaja apabila disapa oleh sahabat-sahabat yang lain.
Pemakaian ku banyak mengubah cara hidup dan tingkah laku ku. Ana kurang bergaul dengan kaum adam,dan bercakap apabila perlu sahaja. Majoriti sahabat-sahabatku adalah kaum muslimah. Bukan kerana ku sombong atau berlagak, tapi ana ingin menjaga batas pergaulan antara muslim dan muslimah.
Gelaran ustazah sudah semestinya khas bagi mereka memakai tudung labuh apabila di sekolah biasa..Ku aminkan sahaja,mungkin tu lah salah satu impian yang terbuku di dalam diri. Bagiku memakai tudung labuh,bukanlah satu masalah yang besar sama ada waktu sukan,sambutan hari raya dan apatah lagi merentas desa semuanya mudah bagiku,kerana ku selesa dan bahagia berjilbab labuh.Jangan sesekali pertikaikan apa tudung labuhku apabila di dalam waktu2 sebegitu...
Kini genaplah 11 tahun ana berpakai sebagai seorang muslim tak kira di mana ana berada.Alhamdulilah ana bersyukur kerana di beri kekuatan,kesabaran iman ketika menempuh di alam persekolahan dulu..kerana "islam itu cara hidupku dan peganganku".
kehidupanku sebagai seorang pelajar muslimah
Allah Ta’ala juga menyebut :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment