Assalamualaikum…minggu ni adalah minggu yang sangat memenatkan..Ya Allah tuhan je yang tahu perasaan ana sekarang ni..Alhamdulilah sem ni ana dah masuk sem 3 lagi ada beberapa sem untuk ana tamat belajar di kuis. Sem ni ana mengalami banyak sangat masalah, yang pertama..masalah add drop dan terpaksa la pula ana bayar guna duit sendiri, sabar jer la..tapi ana senyumkan la juga..
Hari ahad ni ana terlibat dengan program jati diri rohani, jadi terpaksalah ana menyediakan fizikal dan mental untuk menyiapkan kerja ni..pening sangat pala ni. Sem ni ana ada amik subjek sem 5, dan ada juga ana amik subjek sem 4. Sekarang ni ana pening..macam mana ana nak dapatkan buku psikologi dakwah..dah merata tempat ana cari…
Ana ketepikan rasa cinta ini, rasa rindu yang teramat pada ibu bapa…ana kena berjuang untuk menjadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat. Kepenatan ku ketepikan, matlamat sekarang yang ku kejarkan. Bukan mudah untuk Berjaya kalau tak de usaha yang gigih dari awal. Perbanyakkan doa dan semangat untuk terus melangkah menuju kejayaan.
Kawan2 ana ramai dah kawin…tapi masalah orang sekarang bila tak kawin, asyik2 tanya…dah kawin lain citer pulak..pelik la…ana minta semoga antum mendoakan urusan ana ngan bakal zauj di permudahkan, untk kami mendirikan rumah tangga di dunia dan akhirat,,amin. Bukan mudah melahirkan cinta kerana agama, menjaganya kerana Agama..dan membuahkan cinta kerana Allah..ku kenali dia..alhamdulilah, dia sangat memahami situasi ku sekarang sebagai seorang pelajar sepenuh masa dan tak putus2 untuk mendoakan diri ini..syukran ya ALLAH..Semoga cinta ini diberkati Illahi…^_^
Ya Allah jika dia benar untukku ya allah, dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia bukan milikku damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu..mungkin ada yang terbaik untuk diri ini..Pada yang sama mengalami masalah seperti ana…bersabarlah kerana Allah sedang mengujimu…banyak2kan senyum deh ..
MInggu Stress
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment