"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan mengatakan ' Kami telah beriman' sedang mereka belum diuji lagi,Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang² yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang² yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang² yang dusta"--- Surah Al-Ankabuut ayat 2-3

AsmaAlHusna

minggu midterm + minggu ramadhan


Ya Allah sekejap sungguh masa berlalu..pejam celik ary ni dah masuk 17hari kita berpuasa.makin lama makin terasa pemergian ramadhan..:(, sempurnakah puasaku tahun ini ya ALLAH??...terasa malu ingin berhadapan denganmu.walaupun tak dapat nak berbuka puasa ary2 ngn ibu ngan ayah...tapi tak perla,sebab kita pun berjuang jadi ana anggap semuanya ada lah satu perjuangan matlamat harus di capai.


Ana tak tahu la minggu ramadhan ni banyak betul ujian dan kesabaran yang perlu ana hadapi, ana ni tak suka di tipu dan bila ana terlalu percayakan seseorang tapi orang tipu ana...ana cuba untuk meletakkan kemaafan kat dia tapi ana cuba jugak untuk tidak terlalu percayakan seseorang..jadi ana malas nak pikir lagi sebab minggu ni ana penuh ngan midterm..


Midterm kat kuis ni pun dah macam final exam, sampai tak tido..ana paling risau sem ni bahasa arab dan hafazan la...tambah2 dirasat akhlak memang ana tak faham langsung, ana ni bukan dari student aliran agama, ana cuma menghafal 100% bila exam...ya allah, Bantulah la hamba mu ini, Ya Allah perkuatkanlah keazaman ku, jangan biarkan ku terus merasakan sesuatu itu amat membebankan diri ini..amin...


Bila dilantik sebagai Naqibah, ana terasa amanah itu sangat berat sebab bila apa2 ana mesti baca kat bawah tu "Dengan Nama Allah, saya mengaku bahawa....".walaupun kita rasa menda tu biasa, tapi bagi ana ia sangat2 la berat..sebab ana tak biasa, ana cuba untuk memegang amanah itu sebaik mungkin..sekurang-kurangnya ia mengajar mendidik diri supaya kita amanah..


Bila fikir sorang-sorang, layakkah aku ya Allah, siapalah daku di hadapanMu, Mampukah aku menjadi wanita Solehah, Mampukah aku jadi yang terbaik untuk ibu bapaku, untuk adik beradikku??..Mampukah aku ya Allah...jangan kerana ana terlalu asyik dengan dunia ini, ana lupakan akhirat kelak, ya Allah..Tiada apa yang menjadi milik kita..semuanya MIlik ALLAH s.w.t....




SIAPAKAH DAKU DI PANDANGANMU....

No comments:

Post a Comment