"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan mengatakan ' Kami telah beriman' sedang mereka belum diuji lagi,Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang² yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang² yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang² yang dusta"--- Surah Al-Ankabuut ayat 2-3

AsmaAlHusna

Bermula perjalananku

Assalamualaikum...sudah lama rasanya ana tak menulis di entri blog ini..Maaf sangat-sangat mungkin kerana kesibukan ana sebagai seorang pelajar serta hamba Allah membuatkan ana terpaksa berhenti sementara untuk menulis nukilan-nukilan di blog ni..
untuk pengetahuan alhamdulilah ana sekarang dah sem 5 di kolej universiti islam antarabangsa selangor mengambil bidang dakwah dan pengurusan sumber insan. Alhamdulilah jugak sem ni tak banyak subjek yang agak berat, walaupun berat ana kena juga usaha untuk buat yang terbaik kepada Keluarga sebab ana ni tak kawin lagi..hehhe...
Belajar adalah ibadah.
Setiap apa yang kita lakukan jika disertakan niat keranaNya semata-mata, insya’Allah akan diganjarkan pahala di sisiNya. Harus ada niat belajar demi mencari keredaanNya. Belajar demi menjadi seorang yang cemerlang di mata masyarakat untuk menyampaikan agama islam. Belajar demi menjadi murabbi (pendidik) yang dapat mendidik anak muridnya ke jalan yang benar. Bukan hanya belajar kerana segulung ijazah semata-mata.
Sebagai seorang individu yang ditarbiyah harus punya impian yang lebih besar dan besar. Impian untuk mengembalikan kegemilangan islam ke muka bumi. Impian untuk menyeru manusia supaya kembali semula ke jalan hidup yang sebenar. Dan sempena bermulanya pembelajaran saya pada esok hari, moga diri diberi kekuatan dan semangat baru. Menuntut ilmu demi mencari keredhaanNya. Perlu belajar bersungguh-sungguh kerana kita punya satu visi yang harus dilaksanakan. Memperoleh keputusan cemerlang sebagai satu wadah menjadi ‘seseorang’ untuk menyampaikan kebenaran dan menyentuh jiwa-jiwa mereka di luar sana. Insya’Allah~
Ayuh perbaharui niat. Belajar kerana Allah. Moga pengembaraan menimba ilmu ini sentiasa dalam keredhaanNya.. ^_^

No comments:

Post a Comment