"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan mengatakan ' Kami telah beriman' sedang mereka belum diuji lagi,Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang² yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang² yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang² yang dusta"--- Surah Al-Ankabuut ayat 2-3

AsmaAlHusna

Doakan kesihatan yang baik untuk Abahku

Dikenali sebagai Mohamad bin bador,merupakan bekas pesara tentera di Angkatan Tentera Darat berumur 60 tahun,
seorang berperwatakan tegas,bertanggungjawab,rajin,dan penyayang.Keluargaku diiktiraf sebagai keluarga cemerlang dari
pendidikan bukanlah satu kebanggaan untuk kami sekeluarga,kami sangat berterima kasih kepada ayah dan mak kerana
mereka telah mendidik dan mengasuh kami dengan sangat baik dari segi agama mahupun pendidikan. Walaupun abah susah
nak hantar kami ke sekolah dulu.kami tetap bahagia miliki Abah sepertimu.Sayang sangat kat abah..


Salah satu sikap abah yang paling kami suka adalah sifat kerajinannya untuk berkebun.Dari pagi hingga ke tengahari selagi
tak siap kerjanya pasti abah takkan masuk rumah. Sehinggalah satu hari sedang asyik abah memotong pokok bunga,abah terpijak
duri bunga,sehingga abah tak perasan berdarah2 ibu jarinya.Ya Allah,darah kat kaki abah banyak sangat-sangat,sehinggalah
mak menegur abah.Abah Kami seorang yang sangat tak suka pergi ke hospital mahupun klinik,kadang-kadang sampai mak menangis
dan kami pujuk abah barulah abah pergi klinik.


Untuk pengetahuan semua,abah kami mempunyai penyakit kencing manis.Apabila kesan luka dari terkena duri tadi
dibiarkan selama seminggu,kaki abah mula membengkak. Hari demi hari luka nya keluar nanah,darah,air sehingga kami bawa pergi
ke klinik pun,Doktor membebel memarahi kami semua.Bukan kami tak nak hantar biasa lah abah kami susah nak pergi klinik.
Doktor menasihatkan abah untuk berehat dan berpantang makan.Setelah beberapa hari berganti hari,kaki abah tak sembuh lagi.
Kaki nya semakin membengkak dah menjadi warna biru kaki abah,luka pun berdarah dan bernanah.
Ya Allah,sedihnya hati2 kami adik beradik apatah lagi mak kami.


Seperti biasa apabila semua kakakku dan abang2ku balik ke tempat kerja masing2..tinggallah ana,adik,mak dan abah.Walaupun
kaki abah ana dan mak cuci guna dettol dan air suam,tapi kaki abah tak baik-baik juga.Sedihnya bila ku tatap wajahnya,penuh
1000 tanda tanya,diurut2 kakinya dengan minyak kelapa dara.luka masih berdarah dan apabila menekan bengkak dikakinya
ada air yang keluar di tempat luka kaki abah.


ya Allah,kami duduk pendalaman yang jauh dari hospital2 kerajaan dan swasta.Bas kadang-kadang ada kadang-kadang tak de.
Sedihnya bila akak2 dan abang2 jauh untuk meminta tolong dan mereka mempunyai tanggungjawab masing-masing,
apatah lagi jiran-jiran yang hanya memberi alasan untuk membantu.


Menitis air mata mak,satu pekara dalam hidup ni apabilaku melihat ibuku menangis,pasti kanku turut menangis.Sebab ku terasa
sangat lemah dan tiada daya untuk membantu.Tambah-tambah Ana tak de lesen kereta,mahupun motor, dan di rumah kami pun tidak
memiliki kereta,cuma yang diharapkan adalah kakak2 ku.


Kini genaplah sebulan kaki abah masih tak baik lagi,semakin bengkak membiru..:(..Dan akhirnya kakak ku membawa ke kuantan untuk ke hospital pakar.Esok kak long dan abg long akan bawa abah ke hospital tengku ampuan afwan,kuantan.


Abah masih sukar untuk ke hospital,kerana dia takut di tahan wad.Kami menenangkan hati abah."Abah,InsyaAllah takkan
ada apa-apa".


"ya ALLAH,ampunilah dosa ibu dan bapaku,kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil
serta berikanlah kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapaku".Amin


*p/s: untuk sahabat-sahabatku doakan juga untuk ayahku...

1 comment: