"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan mengatakan ' Kami telah beriman' sedang mereka belum diuji lagi,Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang² yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang² yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang² yang dusta"--- Surah Al-Ankabuut ayat 2-3

AsmaAlHusna

Dalam KeseronokKan BerCuti!!..


Assalamualaikum…dah lama rasa nya ana tak berkarya kerana sibuk apabila bergelar student ni…ana lebih fokuskan terhadap pembelajaran…J…alhamdulilah ana telah habis sem 2, sekarang ana tengah cuti sem selama 2 bulan…seronoknya…tapi dalam keseronokan, jangan lupa hari2 yang akan mendatang bersiap sedia mendengar keputusan imtihan..berdebarnya rasa tuhan je yang tahu… selama ana bercuti ana telah mengambil keputusan untuk menjaga anak buahku mohd adam iskandar, 3 bulan setelah 3 minggu berkhidmat sebagai pembantu di rumah mak kesayanganku…buat pengetahuan kawan-kawan jaga baby dan kanak-kanak memerlukan banyak kesabaran apatah lagi orang macam ana ni yang masih belum berkahwin dan hanya belajar melalui kakak2ku dan sewaktu berkerja di taska. insyaAllah apabila kita mempunyai kesabaran yang tinggi semuanya akan berjalan dengan lancar jangan lupa pupuk kasih sayang..:).

Sejak kebelakangan ni, semakin banyak kes 2 mengenai bayi ni…Ana simpati dan cukup sedih dengan kes2 pembuangan bayi, pemerdagangan bayi….di manakah nilai kasih syg mereka…sampainya hati mereka buat macam tu…sedangkan bayi itu masih suci dri segala dosa…mereka tidak bersalah…tapi Tanya diri dan iman anda sendiri…jangan meletakkan hukuman pada bayi2 tersebut…kasihanilah mereka,tatapi wajah mereka …..ya ALLAH bukakanlah hati2 dan taubat mereka ya Allah…amin..

Sayang dan cukup sayang…apa tak nya…apabila mereka yang mempunyai wajah yang cantik tapi akhlak tak jaga…pergaulan bebas menjadi perkara biasa..perempuan2 semakin berani dalam bab berpakaian…..buat kaum2 muslimah menutup aurat itu wajib…kalau pakai tudung tu pastikan dia labuh sampai paras dada, kalau pakai baju dan seluar  tu pastikan dia longgar dan tidak ketat yang menampakkan susuk badan kamu..kerana ia bisa mengonyahkan iman kaum2 muslimin kita…fikir ya..

Satu lagi bab menjaga ibu bapa….nak dijadikan cerita ada nenek di sebelah umah akak ana…nenek tu duk sorang-sorang, dengan mangga pintu pagar…ya allah, walaupun anak2 dia ada kat sekeliling kawasan ni..sedih betul hati ana…ana selalu berborak ngan nenek tu, dia sunyi sehingga nenek memanggil namaku ajak berborak dan ana Nampak dari mata dia, yang menunjukkan rindunya dia pada seorang anak tu…mana taknya??...selama seminggu ana di sini..waktu tengahari, adalah seorang lelaki yang naik motor dan hon motor…ana sangat pelik setiap hari macam tu…ku pendamkan dulu sehinggalah ku bertanyakan pada akak ku..rupa2nya tu anak dia, hasil dari penceritaan akak ku….:(.
ya allah…duhai anak…tidakkah engkau tahu betapa deritanya ibu yang mengandung dan melahirkan kamu, bertarung nyawa…..tapi dimana letaknya akal pemikiranmu…apa salahnya kamu turun dari motor tu dari kamu terjerit2x di luar pagar…dia sudah semakin tua,pendengaran dia tidak seperti kta yang muda, penglihatan dia semakin kabur tapi apa salahnya  kamu suapkan nasi dimulut ibumu sendiri…..tak salah kan…dengan hanya sebungkus nasi hanya untuk sehari???.

Ya allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku, dosa2 seluruh kaum ibu dan bapa di muka bumi yang hanya pinjaman ini,,kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihanimu sewaktu kamu masih kecil lindungilah mereka ya allah….amin..






2 comments: